Friday, 4 July 2014

Kenapa kita perlu mengambil supplement??

Hari ini saya akan berkongsi tentang mengapa kita perlukan makanan tambahan @ suplemen. 

Anda pernah lihat gambarajah piramid makanan? Saya pasti anda semua pernah melihatnya.


Bagi kaum wanita adakah setiap kali kita memasak menu kita mengikut apa yang di cadangkan oleh piramid makanan?

Hehe jawapannya pasti tidak kan?

Jom kita lihat,
7 Sebab Kenapa Kita Perlukan Suplemen?

1. Badan kita memerlukan sesetengah vitamin seperti vitamin E dan C dalam dos yang lebih tinggi untuk pencegahan penyakit.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran di tanam diatas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian lebih rendah berbanding dengan yang di tanam di tanah yang subur

Racun perosak, racun serangga dan bahan2 pencemaran mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan persediaan.

Contohnya vitamin c mudah dimusnahkan oleh haba tinggi semasa memasak

4. Pengambilan pil penahan sakit, laxatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotic boleh mengganggu penyerapan zat makanan.

Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat memgurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan

6. Gaya hidup dan trend masa kini yang terlalu sibuk sehinggakan jarang memasak di rumah.

Generasi sekarang lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makan tengahari biasanya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin. Maka pengambilan makanan seimbang tidak di titikberat kan

Sekarang saya pasti anda akan berkata Ooo inilah sebabnya kena perlu ambil suplemen.

Baik yang kecil atau besar, yang muda atau tua semuanya memerlukan suplemen.

Jadi jangan ragu-ragu badan anda pasti perlukan supplement




No comments:

Post a Comment